Syarat-syarat pertandingan
Mewarna bersama keluarga

A. Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini berkonsepkan aktiviti berkumpulan yang terdiri dari murid tadika
swasta dan ahli keluarga ( ibu, ayah atau adik beradik ).
2. Peserta dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri seperti pensel warna,
warna krayon, warna air dan pemadam. Meja atau alas/ tikar
3. Hanya kertas bergambar akan disediakan oleh pihak urusetia pertandingan.
4. Kertas lukisan sendiri adalah tidak dibenarkan sama sekali..
5. Peserta dan ahli keluarga bebas mewarnakan kertas bergambar dimana-mana dalam tempoh 1 jam . Penyertaan yang telah siap boleh dihantar ke pihak urusetia dalam tempoh 1 jam yang ditetapkan. Tiada masa tambahan diberikan sekiranya penyertaan lewat dihantar dari tempoh masa yang telah ditetapkan.
6. Pemarkahan peserta akan dinilai dari segi kreativiti, kebersihan dan kualiti kerja.
B. Pemarkahan
1. Kreativiti (50%)
Peserta bebas mengolah penggunaan warna mengikut kreativiti sendiri yang dapat menimbulkan warna yang cantik dan menjadikan gambar lebih menarik.
2 Kekemasan (50%)
Kekemasan hasil karya mewarna akan dinilai oleh hakim. Sekiranya penggunaan warna sangat cantik tetapi hasil kerja kurang kemas maka markah akan dipotong.