Syarat-syarat Pertandingan
Deklamasi Sajak & "Poem Recitation"

A. Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid tadika swasta.
2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan.
3. Peruntukan masa adalah tidak kurang 3 minit dan tidak melebihi 5 minit persembahan.
4. Loceng akan dibunyikan sebanyak dua (2) kali menunjukkan masa telah melebihi 5 minit
persembahan dan markah tidak akan diambil kira.
5. Peserta dibenarkan untuk mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Malaysia @ Bahasa Inggeris sahaja dan tema adalah berdasarkan kepada nilai kasih sayang, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.
6. Bait-bait sajak boleh dicipta atau di ambil dari mana-mana sumber.
7. Sajak yang berunsur cinta sesama manusia tidak dibenarkan. Setiap isi kandungan sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini.
8. Konsep persembahan adalah mendeklamasikan sajak secara individu/solo.
9. Sebarang penggunaan props ringan di atas pentas dibenarkan. Walaubagaimanapun, markah tidak akan dikira pada bantuan props tersebut.
10. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.
B. Pemarkahan (100%)
1. Penyampaian dan Persembahan - 30 markah
2. Suara 30 markah
3. Bahasa-25 markah
4. Isi -10 markah
5. Penampilan dan Keyakinan - 5 markah