top of page

Syarat-syarat pertandingan

Rekacipta ABM Guru
image.png

A. Syarat Pertandingan

 

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua guru tadika swasta di Daerah Kuala Langat.

 

2. Guru menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

3. Guru boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan.

 

4. Guru-guru yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghantar maklumat pencalonan (Lampiran A ) dan Kertas Cadangan Inovasi/Penerangan Inovasi (Lampiran B) kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat sebelum atau pada 20 November 2023.

 

5. Bahan ABM yang dipertandingkan perlu dipamerkan dan dibuat penilaian oleh juri di tapak pameran, Karnival Tadika Swasta Kuala Langat 2023.

 

6. Penerangan bahan ABM boleh disokong oleh persembahan secara grafik, gambar &

video PdP.

 

B. Pemarkahan

 

a) Kreativiti & Inovasi (kesesuaian idea) - 30%

b) Bentuk inovasi (kebolehlaksanaan inovasi) -20%

c) Keberkesanan pengajaran guru -15%

d) Keberkesanan pembelajaran murid -15%

e) Potensi inovasi untuk disebar luas -10%

f)  Keberkesanan kos -10%

bottom of page