Peraturan Am Pertandingan
KARNIVAL TADIKA SWASTA KUALA LANGAT 2023
A. PERATURAN AM
1. . Aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut adalah bilangan penyertaan yang pihak penganjur akan terima.
i. Idola Kecil- Nyanyian (individu- murid) - 20 peserta
ii. Pertandingan Deklamasi Sajak / Poem Recitation(individu- murid) - 20 peserta
iii. Fashion Show (Best Costume) (individu-murid ) - 30 peserta
iv. Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia ( individu- murid ) - 20 peserta
v. English Story Telling ( individu- murid ) -20 peserta
vi. Pertandingan Rekacipta Inovasi ABM Prasekolah ( individu- guru)
vii.Pertandingan Mewarna ( keluarga )
2. Setiap Tadika Swasta hanya boleh memilih 2 kategori pertandingan ( individu- murid ) sahaja dan hanya 1 murid sahaja untuk setiap kategori sebagai wakil tadika tersebut. Tiada murid sebagai peserta simpanan. Bagi pertandingan mewarna & pertandingan inovasi ABM (guru) boleh menghantar beberapa peserta.
3. Penyertaan terdiri daripada murid-murid/ guru tadika swasta Daerah Kuala Langat yang berumur 5 atau 6 tahun sahaja.
4. Jantina peserta adalah bebas ( murid/guru lelaki @ perempuan )
5. Pendaftaran setiap penyertaan adalah melalui tadika masing- masing dan penglibatan peserta dalam karnival ini adalah mewakili tadika masing-masing. Pendaftaran yang dibuat oleh ibu bapa ( bukan melalui tadika ) tidak akan diterima. Peserta yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan
6. Penentuan nombor giliran peserta berdasarkan undian pada majlis yang akan dimaklumkan kelak.
7. Peserta pertandingan perlu mengikut nombor giliran yang ditentukan secara bergilir- gilir.
8. Beberapa pertandingan akan dijalankan saringan ( secara lansung ) sekiranya banyak penyertaan dan pihak juri akan memilih beberapa penyertaan yang layak dan terbaik untuk ke pusingan akhir di Quayside Mall.
9. Berikut adalah tarikh penting berkaitan pertandingan/ persembahan :
Tarikh tutup penyertaan - 10/11/ 2023
Tarikh saringan ( bertempat di Aik Kuan ) - 21/ 11/ 2023
Tarikh raptai ( persembahan sahaja ) di Dewan Cenderawasih - 23/11/2023
10. Peserta yang hadir lewat 5 minit ke bilik pertandingan selepas no giliran dipanggil tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan.
11.Guru/Guru pengiring atau ibu/bapa tidak dibenarkan membantu atau mengganggu peserta yang sedang membuat persembahan. Markah akan dipotong oleh pihak juri.
12.Setiap peserta perlu menyelesaikan persembahan atau pertandingan yang disertai. Jika peserta tidak dapat menamatkan persembahan atau pertandingan, Ketua Hakim akan membuat keputusan.
13. Hanya Pengurus Pasukan bagi setiap pasukan sahaja yang dibenarkan untuk berurusan dengan pihak urusetia berkaitan urusan pertandingan.
14. Pengurus pasukan perlu menyerahkan kepada urusetia pada hari pendaftaran :
i. 1 salinan lagu Audio Minus One (thumb drive) - Idola Kecil
ii. 2 salinan bait - Sajak
iii. 2 salinan sinopsis - Rekacipta ABM
iv. 2 salinan teks cerita / storytelling
15. Masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti adalah tertakluk kepada aktiviti yang dipertandingkan.
16. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan dan hiasan.
17. Semua acara akan dihakimi oleh 3 orang hakim termasuk seorang ketua hakim.
18. Bagi peserta yang memperolehi mata sama, pihak hakim akan berbincang untuk menentukan pemenang.
19. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan adalah tidak dibenarkan.
20. Hadiah Pusingan Akhir akan diberikan mengikut kategori :-
i. Hadiah Tempat Pertama - Trofi, hadiah iringan & sijil penyertaan
ii.Hadiah Tempat Kedua - Trofi, hadiah iringan & sijil penyertaan
iii Hadiah Tempat Ketiga - Trofi, hadiah iringan & sijil penyertaan
iv. 2 Hadiah Saguhati - Trofi, hadiah iringan & sijil penyertaan
20. Hadiah saguhati & sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta setiap kategori.
Urusetia
Karnival Tadika Swasta Kuala Langat 2023
