top of page

Syarat -syarat Pertandingan

Bercerita BM & "Story Telling"

A. Syarat Pertandingan

 

1. Bagi pertandingan bercerita (Bahasa Melayu) setiap peserta diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu Baku atau Bahasa Surat.

 

2. Bagi pertandingan Storytelling (Bahasa Inggeris) setiap peserta diwajibkan menggunakan Bahasa Inggeris British.

 

3. Sekiranya peserta gagal meneruskan persembahan mengikut giliran undian yang telah dilaksanakan atas sebab-sebab teknikal atau kesihatan, peserta boleh mengulang semula selepas peserta lain habis membuat persembahan diatas keputusan budi bicara Pengerusi Pertandingan.

 

B. Peraturan Pertandingan

 

1.Peserta diberi masa 5 hingga 7 minit untuk bercerita.

 

2. Loceng (buzzer) akan dibunyikan sekali pada minit keenam dan dua kali pada minit ketujuh menandakan masa telah pun tamat.

 

3. Peserta hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris British yang baik dan betul.

 

4. Peserta tidak dibenarkan bergerak bebas (seperti berteater) di atas pentas.

 

5.  Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian (sopan) dengan cerita yang disampaikan dan boleh menggunakan alat bantu persembahan. Penggunaan props adalah tidak dibenarkan.

 

6. Peserta perlu menggunakan teknik bercerita dan boleh memilih teknik seperti tampalan (apron teater atau panel teater), lipatan kertas atau sapu tangan, tali atau benang mengait, boneka lidi, boneka tangan, boneka jari atau buku besar.

 

7. Peserta boleh menggunakan alat muzik gendering seperti kastenet, kerincing, kayu tik tok, simbal atau ciptaan sendiri. Alat muzik moden seperti keyboard, gitar atau peralatan yang menggunakan elektrik dan yang seumpamanya adalah dilarang.

 

8.  Perlakuan dan penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah akan dipotong.

 

9. Peserta yang membaca nota atau teks semata-mata akan dipotong markah.

 

 

C. Pemilihan Cerita 

 

1. Pemilihan teks cerita adalah bebas.

 

2. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu politik, ras,dan agama.

 

3. Peserta boleh memilih satu cerita dari mana-mana buku yang diterbitkan oleh penerbit tempatan.

 

4.  Cerita dan petikan cerita yang dipilih untuk pertandingan hendaklah dibuat 3 salinan dilampirkan bersama-sama. borang penyertaan yang dikembalikan kepada urus setia.

 

D. Pemarkahan

 

a) Isi Cerita (30%)

b ) Teknik Persembahan dan Kreativiti (20%)

c)  Vokal / Suara (15%)

d) Tatabahasa (20%)

e) Kelancaran (15%)

image.png
bottom of page