Syarat-syarat pertandingan
Idola Kecil

A. Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai 1 orang murid tadika swasta.
2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian, solekan
dan hiasan. Pemakaian juga hendaklah bersesuaian dan sopan.
3. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik "minus one" (tanpa sebarang vokal).
4. Peruntukan masa adalah tidak kurang daripada 3 minit dan tidak melebihi 5 minit persembahan.
5. Salinan lagu untuk kegunaan semasa pertandingan hendaklah diserah kepada urusetia sebelum atau semasa pendaftaran kontijen dalam bentuk thumb drive (satu salinan audio minus one).
6. Peserta dibenarkan untuk memilih dan menyanyikan lagu semasa dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja. (90'an hingga terkini).
7. Lagu lama yang diberi nafas baharu adalah dibenarkan.
8. Setiap lagu tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dalam negara ini.
9. Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan instrumen muzik yang dimainkan sendiri oleh peserta adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, markah
tidak akan dikira pada bantuan instrumen muzik tersebut.
10. Sebarang penggunaan props berat di atas pentas tidak dibenarkan.
11. Jika berlaku masalah teknikal (audio,muzik,mikrofon), peserta dibenarkan untuk mengulangi semula persembahan dan pemarkahan akan dikira semula.
B. Pemarkahan (100%)
1. Vokal 50 markah
2. Tempo 30 markah
3. Persembahan 10 markah
4. Pakaian - 10 markah